Ahad, Mac 27, 2011

Tanggungjawab?

*(ambil kesempatan masa outing...haha..kat kampung ni ha! :P)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! "Kaifa halukum? Haha...ma ma'na haza kalimat fi lughatil malayuwiah?"

(woi! apa yang kau merepek ni ha!)

Ok...ok...maksud ayat tu ialah..."apa khabar awak semua? haha. apakah makna ayat ni dalam bahasa melayu? " hehe...sekali sekala...

Hihi.....sebenarnya..saya cuma nak kata....

Saya dapat sambung belajar dalam aliran sains agama!!!

Alhamdulillah...sekarang cuma tinggal nak kejar subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah (PQS), Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) dan B.Arab Tinggi (BAT)...pergh! Mencabar!!! Kat sekolah sebelum ni mana pernah belajar tiga-tiga subjek... :P

Haih...lepas ni makin besar la tanggungjawab saya...haha..nak buat macam mana....saya yang minta,...saya kena terima la...hihi...

Lepas ni semua tanggungjawab abang2 dan kakak2 form 5 akan berpindah kepada kami pelajar form 4...ya Allah...berikanlah kami kekuatan.. :)
Ketua BADAR pula kata saya dan kawan-kawan (mungkin la..) akan jadi fasilitator untuk KERIS (Kem Remaja Islam)...uish! Nak kena kaut ilmu ni...

Baiklah....sampai sini saja...sekian..terima kasih.... :D

(p/s = tahniah kepada abang2 dan kakak2 SBPIJ yang dapat straight A+ SPM..syukur kerana SBPIJ kedua terbaik SPM di Negeri Sembilan... :D)
(p/s 2 = tahniah juga kepada abang2 dan kakak2 SMKSP yang berjaya, cemerlang dalam SPM..bangga dengan sekolah asalku! :D)
(p/s 3 = waa! ASAT fasa 2!!!)

4 ulasan:

Neezhom berkata...

Salaamun alaikum. Alhamdulillah dpt sambung Pengajian Islam dan Sains. Molek benar tu. All the best Nazifa :)

faisal berkata...

dah lama tak ckp bahasa arab..byk perkataan yg dah lupe..

Cikgu Fikri berkata...

WAH...
tAHNIAH..
Erm.....
ASAT tu apek ek?
ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG ae?
huhhhu :)

Nurul Nazifa Azmi berkata...

to abg.nizam : waalaikumsalam.. :D alhamdulillah...rezeki daripada Allah SWT...maaf lambat balas...jarang dapat online.. :D

en.faisal: sama la..ni dapat sambung pun lepas 6 bulan tak belajar b.arab... :D

cikgu fik: yup..betul! hehe..sekarang dapat masuk fasa 3...yay! alhamdulillah.. :D