Sabtu, Jun 26, 2010

Kecederaan emosi..


Ya..emosi aku memang betul-betul cedera...sampai nak buat apapun dah tak ada "mood" dah...kenapa?

Keputusan ujian pertengahan tahun tak memuaskan...argh! 4A 3B 2C ...memang sepanjang 15 tahun hidup ni..belum pernah matematik dapat C!

Tengok keputusan macam nak nangis...tapi tahan saja..nanti dikatakan lemah pula...argh! Tak suka jadi lemah!

Tapi aku bersyukur juga..markah ujian Bahasa Inggeris aku yang paling tinggi dalam tingkatan (88%) ...markah ujian agama meningkat daripada C naik ke A...

Sekarang..aku nak bangkit...buat lebih baik..lebih-lebih lagi Sejarah, Matematik, Bahasa Arab..dan mana-mana subjek yang dapat B dan C tu...doakan aku agar aku dapat belajar dengan baik ye.. =D

(p/s = gambar macam terlampau tertekan...hihi.. =P )

2 ulasan:

hidaya berkata...

salam. bersabar ye syg, buat sebaik mungkin. :) good luck!

Nurul Nazifa Azmi berkata...

wasalam...thanks kak daya..you're the best!! =D