Ahad, Ogos 28, 2011

Kisah ramadhan saya.. :)

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah..ada kesempatan nak tulis.. :)
Kalau entry lepas lebih kepada "peringatan" (err...ye ke?)...sekarang lebih kepada cerita pula... :)

Selalunya apa yang special time bulan puasa?

1. Syaitan tak ada..
(yay! ini terbukti apabila kita rasa senang sangat time nak solat tarawih..hmm..kalau time biasa..hehe...apalagi..rasa susah juga nak solat banyak-banyak rakaat macam tu kan?)



(ingat ye..tempat syaitan suka sembunyi ialah dalam hati yang kotor...time bulan ramadhan la kita dapat lakukan kerja pembersihan secara maksimum...bukankah itu perkara yang terhebat! :D )

2. Adanya bazaar Ramadhan..

(ok...cuba cerita sikit..time bila lagi kita dapat pergi bazaar selain time ramadhan..hehe.. time ni la macam-macam jenis makanan & minuman kita boleh jumpa.. hmm....time umur 16 tahun ni la baru saya tahu kewujudan air katira...hehe.. (air katira tu apa sebenarnya?)

Gambar-gambar ini diambil di bazaar Stadium Tunku Abdul Rahman , Paroi.. :D



Stadium Tunku Abdul Rahman , Paroi.






Ayam golek!!! Sodap ae!!


(p/s = semua gambar di atas ditangkap oleh saya sendiri ye...)


3. Boleh makan ramai - ramai...

Hehe...masa ni la nak eratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim dengan masyarakat sekeliling.. ye la..kat rumah makan dengan keluarga..ramai-ramai berkumpul satu meja..mmmm!!! sedapnya!

Kadang - kadang kat sesetengah surau/masjid pun ada juga buat majlis iftar...ada yang buat makan sedulang lagi..hihi..lagi syok makan sama-sama kan? bak kata orang, "sharing is caring".. :D

Kalau kat asrama...makan dengan kawan-kawan...best juga..kadang-kadang pergi la bazaar sama-sama dengan kawan..

 :D

ihsan : Pak Cik Google :D


4. Time ni la lagi best nak diet..
Ye la..daripada terbit fajar sampai terbenam matahari tak makan apa-apapun...confirm segala glycogen yang ada dalam hari dah tukar jadi glucose lalu memberikan kita tenaga yang cukup-cukup je....kalau tak cukup lagi..ha! apa lagi...lemak yang ada pun telah teroksida lalu menghasilkan tenaga..hehe.. termasuk sekali biologi dalam statement ni... :P
Maka...apa yang terjadi...badan kita makin kecil...dan..tada! Tak payah cakap la hasilnya... :D

Yay! I dah kurus! Sihat plak tuu... :P

(gambar : google lagi. :P)

No offence..cuma nak gurau aje ye.. kalau terasa juga saya minta maaf sangat-sangat...

4. Banyak keberkatan..

Ok..yang ni rasanya semua orang tahu kot...di mana ketika ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup...ketika ini juga pahala datang berlipat ganda....hehe...tak payah cakaplah nikmatnya....memang superduper! :D


5. Malam lailatulqadar...

 Pada 10 malam terakhirlah ramai orang terkejar-kejar nak beribadah...sebab..

إنّا أَنْزَلْنَاهُ فٍي لَيلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ* لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بٍِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ* سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *
Terjemahan
[97: 1] Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr
[97: 2] Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu?
[97 : 3] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan
[97 : 4] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah)
[97: 5] sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing.

Ok..daripada surah al-qadr tu pun kita dah tahu kenapa kan? :D

Sekarang tinggal beberapa hari saja lagi nak raya..maknanya Ramadhan dah nak habis..huwaa.. :(

Jadi..marilah kita sama-sama kejar kebaikan bulan yang mulia ni ye... :D

Dan...sempena nak dekat raya ni...nak ucapkan...


lukis sendiri ni...hehe...paka paint sudah... :P

Ok.sampai sini saja...sekian terima kasih! :D
(p/s = walaupun cuti raya homework tetap ada...waaa.. T_T )
(p/s (2) = kata "kisah ramadhan saya" tapi citer benda lain kan? isy3...nazifa! kau dah corner-cornerkan orang lagi! :P)

2 ulasan:

Slipar Jepon berkata...

bazar paroiii...
:)

Unknown berkata...

haha..sekali sekala pergi situ... :D