Nak tahu apa?

Secara jujurnya, saya sendiri tak tahu macam mana nak perkenalkan diri saya. Sebab ini bukan sekolah, atau bilik darjah, hehe.. (merepek)

Macam ni la..blog ni dicipta semasa saya tingkatan 2, di mana ketika itu saya ada banyak sangat masa lapang (subjek sikit kan..nak-nak budak sekolah harian masa tu, pergh...nikmat masa lapang tu..)..dengan niat untuk dijadikan e-diari..

Malangnya..entah kenapa tuan blog ni tiba-tiba mempunyai rasa haya' (malu) yang melampau sampai ke tahap rasa malas nak bercerita (eh?)..

Bukan malu...malas sebenarnya..haha...

Diakui juga bahawa tuan blog ini juga suka mengintai blog orang lain..serta mengharapkan agar ada juga orang mengintai blognya.. (padahal cerita tak ada...siapa nak intai..ppfftt)

Tuan blog ini juga kadangkala terfikir untuk memadam blognya...tetapi rasa sayang pula..

Maka tuan blog ini berazam untuk menjadikan blog ini sebagai tempat untuk menyampaikan ibrah (pengajaran)..walaupun tuan blog ni bukannya baik dan berpengalaman sangat..malah masa sekolahnya..namanya selalu dicatit oleh ahli Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) sebab selalu turun surau lambat pada waktu Maghrib (jangan contohi perbuatan ini)..

Menulis pun tak pandai..buktinya..tengoklah apa yang anda baca sekarang ni...macam tak ada tujuan.. =='

Maaflah..Bahasa Melayu tuan blog ni tak pernah bagus..malah hanya pada UPSR, PMR dan SPM sahaja tuan blog ini mendapat gred A dalam subjek Bahasa Melayunya..selebihnya...kalau bukan B..C la...

Mungkin atas sebab ini, tuan blog ini lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris?

Ini semua poyo.. =,=

Baiklah...sekian..ini sahaja..yang hendak dikatakan sebenarnya ialah..sudilah baca dan ikut blog ini..dan doakanlah agar tuan blog ini sentiasa sabar, tabah dan tsabat (tetap pendirian) dalam menjalani hidupnya sebagai hambaNYA di bumi yang penuh ujian ini...aminn..

Jazakallahu khair..terima kasih.. :)

p/s = nak letak link facebook/twitter macam blogger lain..tapi sebab tuan blog takut nak approve orang yang dia tak kenal (walaupun perempuan)..tak perlu la kot...heee

p/s = ayat di atas macam syok sendiri..pppfffttt... =,= 

Tiada ulasan: