Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Erm..saya rasa..berdasarkan tajuk di atas..saya dah tak perlu nak terangkan apa-apa lagi..jadi..saya "straight to the point" la ye..hehe...
(Nota: Info ini diambil secara "tiru dan tampal")
Baiklah..mari kita mulakan...
1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. *(terasa saya..saya pun kadang-kadang tak sarapan sebelum pergi sekolah..hehe...)
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. *(terkurang makan pun tak elok juga..)
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’. *(tidak lupa..macam-macam jenis kanser, gigi kuning, nafas berbau dan juga pembaziran duit..ack!)
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. *(hehe..ni la yang selalu aku buat..hehe..ye la! nak buat air teh O susah sangat..sikit sangat gula nanti rasa pahit aje..letak banyak tak elok pula..sob' sob'..susah betul..)
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. *(Nota: sel-sel badan menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga...tiada oksigen = tiada tenaga)
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. *(kalau terkurang tidur pun susah juga....badan tak bermaya..mata kuyu..susah nak belajar..)
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. *(err..saya tak pernah buat...jadi..tak ada komen..)
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. *(sah-sah saya setuju...kadang-kadang kalau sakit...fikiran bukannya betul pun..ingat sakit aje..)
9. Kurang berimaginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan / keaktifan otak menurun. *(ayah saya kata..angan-angan tidak dikira sebagai imaginasi..hehe..)
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. *(tak ada komen..)
Baiklah...ini saja segmen "tiru & tampal" pada hari ini..Insyaallah...nanti sambung lagi! =D
(p/s = tulisan berwarna biru tu saya yang tambah..)
2 ulasan:
ouh...good information..even juz copy n paste..hehe..thanks..i like =)
hehe..yay! thanks sebab like farah!! :D
Catat Ulasan