Assalamualaikum semua! Hmm...2 minggu belajar...ok la...sibuk dengan kerja sekolah..adeh..tak pa...tak pa....demi masa depan juga..kan kan? :D
(Tidak lupa juga belajar itu juga jihad...perjuangan...ibadah kita kepada Allah SWT...jihad tidak semestinya di dalam medan perang sahaja...belajar juga satu jihad..andai kata kita meninggal dunia ketika sedang belajar..kita akan dikira sebagai mati syahid...)
Hmm...sebenarnya puisi ni dah lama letak kat facebook..tapi baru hari ni nak letak kat blog ni..hehe..ni la puisi pertama saya...
Tajuk puisi : ADUHAI REMAJA..
Aduhai remaja...
Kaulah harapan bangsa..
Bakal pemimpin negara...
Peneraju kemajuan ummah..
Aduhai remaja..
Aku sedar...
Kau sedang berjuang..
Melawan segala kejahatan..
Dari segenap sudut..
Yang cuba merosakkan iman dan akhlakmu..
Percayalah wahai remaja..
Kau akan berjaya..
Aduhai remaja..
Aku sedar kesukaran yang kau alami..
Aku sedar jiwamu memberontak..
Menginginkan kebebasan...
Tetapi...sedarlah wahai remaja..
Ini untuk kebaikan mu jua...
Aduhai remaja..
Jagalah dirimu..
Jagalah akhlakmu..
Jagalah imanmu...
Jangan biarkan mereka merampasnya daripadamu..
Walaupun kau masih hijau dalam kehidupan ini..
Yakinlah...yang engkau akan menjadi...
Seperti bintang yang bersinar...
Suatu hari nanti..
(Terima kasih sebab sudi membacanya...barakallahu fik!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan