Berdasarkan tajuk di atas...saya rasa anda dah tahu apa yang saya nak cerita...kan? Err..baiklah..saya terus ke topik yang sebenar..
Sebelum kita kata tidak...kita perlu tahu...apa tu minuman keras..(dengan kata lain...arak)
Nak baca? Sila tekan "baca lagi" di bawah..saya tunggu anda..syukran!
Apa itu arak?
ARAK adalah minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. Dalam bahasa Arab ia disebut al-khamr, bermaksud menutup."Menutup" itu bermakna....arak "menutup" kewarasan kepada sesiapa yang mengambilnya (mabuk)....menjadikan si peminum terlena dan tidak sedarkan diri...
Apa yang ada dalam arak?
Arak yang terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol...Dalam Islam..arak haram diminum dan berdosa besar jika meminumnya...
Dalam hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Semua yang memabukkan adalah arak dan semua yang memabukkan adalah haram”.Pengharaman itu dibuat secara berperingkat (tadriji) sebelum ia diisytiharkan haram dan berdosa besar jika meminum arak. Ini membuktikan arak amat berbahaya daripada aspek kesihatan.
Bukan Islam saja mengharamkan arak, tetapi agama lain turut melarang penganutnya menjauhi arak kerana ia memudaratkan kesihatan dan perlakuan mereka.
Arak diperbuat daripada apa ye? Macam mana arak dihasilkan?
Arak dihasilkan daripada buah-buahan seperti anggur, tamar dan bijirin seperti gandum melalui kaedah peram atau penapaian. (selalunya...anggur..)Minyak wangi yang ada alkohol tu....haram juga ke?
Dalam bidang perubatan, alkohol mempunyai kepentingannya terutama dalam pembuatan minyak wangi. Bagaimanapun, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai alkohol dalam minyak wangi, hukumnya harus dan dimaafkan. Namun, bagi minuman tanpa mengira apa jenis, hukumnya tetap haram.Erm...kalau minum benda ni...apa kesannya?
Kesan...uih! Banyak kesannya...tapi..saya cuba kelaskan ikut kumpulan...
* Kesan dari segi kesihatan...
Amalan minum arak melebihi 50 gram sehari boleh menyebabkan kanser mulut, tekak, kerongkong, payudara, hati, paru-paru, perut, hempedu, ovari, prostat dan kulit. Arak juga merosakkan otak, hati, usus kecil dan dinding perut. Akibatnya, tekanan darah menjadi tidak menentu sehingga otot tidak berfungsi sepenuhnya.Sebab otak ada problem la mereka yang mabuk berjalan terhuyung-hayang....
* Dari segi amalan?
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang minum khamr seteguk, Allah tidak menerima amal fardu dan sunatnya selama tiga hari. Siapa yang minum khamr segelas, Allah SWT tidak menerima solatnya selama 40 hari. Orang yang tetap minum khamr selayaknya Allah memberinya minum dari Nahrul Khabaal ? Ketika ditanya : Ya Rasulullah apakah Nahrul Khabal itu? Jawabnya: Darah bercampur nanah ahli neraka”. (Hadis riwayat Atthabrani).Err...sumpah...dahsyat betul..
* Kesan dari segi akhlak?
Kerana araklah mereka melakukan perkara yang keji seperti seks bebas, pergaduhan dan pembunuhan. Dan arak juga perosak generasi! Dan kerosakan itu bukan dalam tempoh yang sekejap...tapi..dalam tempoh yang lama!!! Si peminum juga akan menjadi seorang yang mudah marah dan hilang rasa malu!! OH!! Nauzubillah...Apakah hukuman yang akan diterima oleh orang yang minum benda ye?
Errr..saya tak tahu la..tapi...kalau hukuman yang ada di negeri tempat saya tinggal ni saya tahu la...hehe...mana la tahu..tempat lain..lain pula caranya..kan? hehe....ehem..
Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)...si peminum arak akan didakwa mengikut Seksyen 78, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992..atas kesalahan meminum minuman yang memabukkan dan akan didenda sebanyak RM 3000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali..Wow..minum arak pun kena penjara...hebat!!
_________________________________________
Ehem....tapi..saya hairan...kenapa masih ada lagi muslim yang minum arak? Tengok berita...ada saja kes...yang memalukan...orang Islam juga terlibat! The questions are..how and why did it happen?
Jadi..kepada yang ada di luar sana (dan juga di dalam sini...)..tolong..janganlah buat benda ni....tak ada faedah...dapat penyakit...mati awal..dapat dosa ada la...
Anda melakukan perkara ini..sama seperti anda membunuh diri anda secara perlahan...
Nota: Jangan jadi macam jerangkung ni...
Ok..dah habis cerita..Insyaallah..sambung lagi... =D
(Berdasarkan apa yang saya belajar semasa kursus perundangan syariah yang telah diadakan di sekolah saya pada 10.11.2010 yang lalu...saya cuba untuk berkongsi apa yang saya tahu..tentang hukuman yang disediakan dalam setiap jenayah syariah yang dilakukan...jadi..sekiranya saya ada melakukan kesilapan / anda lebih arif dalam perkara ini...sila beritahu saya..ok? =D)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan