Hari Jumaat lepas (4 Jun 2010)..baru habis ujian pertengahan tahun...ujian B.Arab kali ini lain sikit..kenapa? Sebab ada soalan ni petikan dalam B.Arab..soalan B.Melayu..ada soalan karangan (kali pertama tu!!)
Selalunya soalan B.Arab petikan pun B.Arab..soalan isi tempat kosong..kali ini lain...huhu...
Lagipun..aku dengan kawan-kawan aku yang sama KAA dengan aku ni..sebenarnya lambat didedahkan dengan format soalan PMR ..ye la..selama ni kami fikir soalan PMR sama saja dengan soalan dalam buku teks..(yang kena tanda warna merah tu..)..rupa-rupanya lain..terkejut kami!
Selama ini pun...kami fikir tahun ni PMR dah tukar format...tengok-tengok ikut format lama...apa lagi..kena "kejar" la...(tak mengapa...ni pun nak uji IQ la katakan..) =D
Ada suatu hari ni kan...PLBS B.Arab sedang dijalankan..hehe...memandangkan aku orang yang KEDUA kena soal dengan Ustazah Rosdalilah...kawan-kawan aku pun tanya la aku.."nazifa!! susah ke senang?" "nazifa! ustazah tanya apa?"..adoi..penat aku nak jawab... =P
Sekarang waktu cuti sekolah aku ada terima "pakej percutian" daripada sekolah aku...iaitu 5 buah buku berlainan subjek akan diberikan kepada aku..dan sepanjang cuti ini kena buat...huhu..PMR la katakan..(ingatkan pergi Port Dickson ke...Desaru ke....Genting Highland ke...hehe..)
Ok...dah habis panjang lebar celoteh aku ni...ada masa sambung balik...
Inilah pengetua baru sekolahku..Puan Siti Aloyah binti Alias..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan