Jumaat, November 12, 2010

Kena tag sudah.. =D

Assalamualaikum semua!! OK..baru-baru ni aku kena tag dengan saudari Nadhratul Basyirah..

Arahannya:-
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you :D"
Dah faham dah? OK..sebelum aku tag orang..biar aku selesaikan arahan di atas ini dulu...ehem..


1. Nama saya? Tengok kat URL blog ni..

2. Umur saya...selalu berubah setiap tahun...jadi tak perlulah saya tulis ye...ehehe...

3. Suka buat lawak dengan kawan-kawan...tapi selalunya lawak aku tak jadi..huhu..

4. Muzik kegemaran = semua layan...asalkan tak melalaikan sudah le..tapi aku suka nasyid, muslim hip hop macam kumpulan Native Deen & Outlandish dan...indie juga aku layan...hihi...

5. Anak sulung dalam empat beradik...pergh! Harapan keluarga tinggi...

6. Minat sukan memanah...woha!

7. Teringin nak terjun bungee sejak berusia 8 tahun lagi...hihi...

8. Tak boleh tengok orang baik...mesti rasa cemburu..huhu...nak jadi baik gak...uwaaa...

9. Cita-cita = nak jadi ahli astronomi berjiwa ustazah... (Insyaallah..)

10. Suka main playstation masa sekolah rendah dulu..haha...

11. Tak minat sangat artis barat (Hollywood)...tak bagus untuk dicontohi maa...

12. Dikategorikan sebagai "budak lurus" oleh kawan-kawan...hak3...

13. Saya = seorang yang susah nak serius....mesti nak main-main..ehehe...macam sekarang ni la..

14. Suka ambil gambar orang...ambil gambar sendiri tak nak..hak3...

15. Seorang yang sentimental...(well..that's what my mum said..)

16. Suka baca buku (novel, majalah, buku teks? bolehlah...)

17. Jiran aku cakap...bila dia cakap dengan aku masa aku tengah membaca...macam cakap dengan tunggul rasanya...kenapa? Sebab..bila aku tengah khusyuk membaca..serius....telinga aku memang takkan dengar apa-apa pun... (patutlah mereka kata macam tunggul yer...)

18. Suka warna biru...biru kasi tenang maa..

19. Sehari tanpa surat khabar tak sah..

20. Suko cakap loghat nogori....haha...orang N.Sembilan la katakan (berlagaknya..)....tapi tak la pekat sangat loghat tu...

21. Cerewet bila time nak beli baju....asal lengan pendek...reject! Tudung pendek...reject! Hak3...susah betul nak bawa aku beli-belah ye....

22. Boleh tahan la lemah semangatnya...

23. Pantang betul tengok orang otak kuning a.k.a otak blue..cis! Tak ada benda lain ke nak fikir?

24. Seorang yang cuba sedaya-upaya merasa apa yang orang lain rasa...

25. Belajar Bahasa Arab tapi tak mahir lagi dalam bahasa Arab...nak sambung lagi belajar tahun depan...harap sangat-sangat....(bukan nak berlagak ye...)

Ok...itu saja la 25 perkara tentang aku...sekarang...tiba masanya..senarai orang yang dipilih oleh aku..tapi takkan sampai 25 orang la.....


Ok...dah lengkap dah senarai orang kena tag ni...semua perempuan...hihi...

Sampai sini la cerita aku ye....nanti...Insyaallah...aku sambung lagi.. =D

(p/s = cuti sekolah nak tiba....masa untuk membuat plan...)

(p/s [2] = rasanya dah 7 kali aku edit post ni..)